Mengurus Pakej Umrah, Haji, Badal Haji, Badal Umrah dan Qurban di Tanah Suci Makkah.

Search This Blog

PENGERTIAN UMRAH

PENGERTIAN UMRAH: Umrah ialah qasad mengunjungi Baitullahil Haram dalam keadaan beribadah dengan mengerjakan tawaf, sa'i dan bergunting (bercukur) pada bila-bila masa sahaja asalkan tidak dalam ihram haji.

Tuesday, July 21, 2009

BERITA DARI MAKKAH

MAKKAH 21JUL Seorang jemaah wargamas tidak balik ke hotel sejak petang semalam selepas melaksanakan saei umrah. Puas dicari sekitar dalam Masjidil Haram sehingga tengah malam tidak dijumpai. Menurut ceritanya jemaah berkenaan telah terpisah dengan kumpulan dan melakukan saeinya sendiri. Apabila tidak balik ke hotel selepas solat isya' maka disyaki sesuatu tidak kena. Apabila usaha cari tidak berjaya dicadangkan untuk membuat lapuran jemaah hilang pada hari ini kepada pihak berkuasa. Akhirnya jemaah berkenaan balik sendiri ke hotel pada jam 11.00 pagi hari ini.
Apabila ditanya beliau mengatakan bahawa dia terlalu letih dan mengantuk lalu tertidur dalam mesjid sehinggalah pagi ini baru tersedar. Kita tidak sampaihati nak tanya samada seainya sudah selesai tahallul.
Saya sejak 22Jun hingga ahkir Julai ini berada di Makkah kerana membawa jemaah umrah. Akan balik ke Malaysia pada 27Julai2009, insyaallah.