Mengurus Pakej Umrah, Haji, Badal Haji, Badal Umrah dan Qurban di Tanah Suci Makkah.

Search This Blog

PENGERTIAN UMRAH

PENGERTIAN UMRAH: Umrah ialah qasad mengunjungi Baitullahil Haram dalam keadaan beribadah dengan mengerjakan tawaf, sa'i dan bergunting (bercukur) pada bila-bila masa sahaja asalkan tidak dalam ihram haji.

Monday, July 7, 2014

MAKANAN SUNNAH

KENALI MAKANAN SUNNAH - antaranya:

1. MADU
Firman Allah SWT - Surah an-Nahl a 68-69 "Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat penawar yang menyembuhkan bagi manusia"

Madu ialah manisan yang dihasilkan lebah menggunakan nectar bunga. Kepelbagaian madu terhasil daripada lebah madu. Madu berkhasiat dan mengandungi gula seperti fruktus dan glukos selain mineral seperti magnesium, kalium, kalsium, natrium klorida, sulphur, besi dan fosfat. Madu juga mengandungi vitamin B1, B2, C, B6, B5 dan B3.

Kebaikan madu ia mampu melegakan batuk, Madu baik untuk mencuci perut, membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal di dalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar, menghapuskan sekatan dalam usus, menghilangkan sneak perut dan sedu. Madu juga mampu memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.

2. KURMA
Firman Allah SWT - Surah Maryam a 25-26 "dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu."
Sabda Rasullullah SAW: "Barangsiapa yang makan pagi dengan tujuh biji kurma Ajwah, maka tak akan mencelakainya racun dan sihir pada hari itu" - Riwayat Sahih al Bukhari.

Kurma kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A dan C dan juga niasin.
Kurma mengandungi gula yang sangat tinggi malah lebih tinggi dari pisang, kurma berupaya memberi tenaga segera yang akan diserap oleh tubuh serta merta. Kurma juga menguatkan daya ingatan dan baik untuk wanita mengandung/bersalin. Kurma juga mampu menjadi penawar racun.

SELEBIHNYA AKAN DIPOST DI WAKTU YG LAIN KEMUDIAN.