Mengurus Pakej Umrah, Haji, Badal Haji, Badal Umrah dan Qurban di Tanah Suci Makkah.

Search This Blog

PENGERTIAN UMRAH

PENGERTIAN UMRAH: Umrah ialah qasad mengunjungi Baitullahil Haram dalam keadaan beribadah dengan mengerjakan tawaf, sa'i dan bergunting (bercukur) pada bila-bila masa sahaja asalkan tidak dalam ihram haji.

Wednesday, March 13, 2013

PAKEJ MELANCONG EKSPLORASI TURKI

Andalusia Travel n Tours di bawah Unit Pelancongannya 'Andalusia Holidays' menawarkan 'pakej promosi' harga mampu...ziarahi.... Semasa ziarah di Turki, kota-kota yang akan dijelajahi ialah Istanbul, Bursa, Kusdasi, Pamukkale, Konya, Cappadocia, Ankara, Bolu dan Istanbul.

PAKEJ EKSPLORASI TURKI MUSIM CUTI SEKOLAH
Tarikh: 23Mei-01Jun13; 25Mei-03Jun13 dan 03Jun-11Jun13.
Setakat ini tarikh 25Mei-03Jun13 sudah habis dijual.

MENJELAJAH TAMADDUN TURKI
TURKI - setiap inci bumi Anatolia ini memiliki sejarah yang cukup panjang, seawal abad ke 10 sebelum zaman Roman dan Byzantine hingga kepada era kegemilangan Islam Empayer Uthmaniyyah dan kemunculan Mustafa Kemal Ataturk yang membawa Turki kepada sebuah negara republik.
Topkapi Palace: Istana Topkapi ini bukan saja kediaman Sultan Uthmaniyayah tetapi juga pusat pentadbiran dan pendidikan di Turki. Istana ini dibina sekitar 1460 hingga 1478 oleh Sultan Mohmed II. Istana ini telah diperluaskan dan diubah banyak kali sehingga pertengahan abad ke 19. Di Istana ini masih terdapat peninggalan suci Nabi Muhammad saw, khazanah diraja dan juga imperialis arkib yang terus dipelihara sehingga kini. Berikutan pemansuhan monarki Uthmaniyyah pada tahun 1922 Topkapi Palace telah ditukar menjadi muzium pada 3 April 1924 atas permintaan Mustafa Kemal Atatuk.

TARIKAN UTAMA
Ankara: Kompleks makam Mustafa Kemal Ataturk pemimpin yang disanjung rakyat Turki sebagai bapa pembangunan moden.
Cappadocia: Menaiki balon panas (pilihan) melihat keindahan bumi Cappadocia dari udara merupakan pengalaman yang sukar diungkap dengan kata-kata...
Pamukkale: terdapat 'teres kolam air panas' diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.
Kusadasi: terdapat bandar purba terbesar di Turki daripada era Roman yang dipercayai dibina pada 1000 tahun sebelum Masihi (3000 tahun dahulu).

Pendaftaran pakej telah bermula dari sekarang. Tarikh-tarikh yang boleh dipilih bermula dari bula April hingga Disember 2013. Tempat terhad dan terdapat tarikh-tarikh seat yang telah habis dijual.

" CUKUP BERBALOI UNTUK DITEROKAI "

Sebarang pertanyaan sila hubungi 013 3922378.






 

Monday, March 11, 2013

PAKEJ UMRAH ZIARAH ISTANBUL & BURSA

Andalusia Travel & Tours menawarkan pakej umrah ziarah Istanbul & Bursa mula bulan Januari 2013 hinggalah pakej Ramadhan bulan Julai 2013. Setakat ini pakej cuti sekolah bulan Mei 2013 telah habis ditempah. Maklumat lanjut mengenai kekosongan temapat sila hubungi cawangan Andalusia terdekat atau hubungi cawangan Tampin 013 3922378 atau 06 4411354.

Monday, March 4, 2013

SOLAWAT BADAR


 
صلوات البدر  ( SOLAWAT BADAR )
صلاة آلله سلام آلله    #    على طه رسول آلله
صلاة آلله سلام آلله   #    على يس حبيب آلله
Solawat dan salam dilimpahkan Tuhan  *  Ke atas Nabi Muhammad pesuruh Allah
Selawat dan salam dilimpahkan Tuhan  *  Atas Nabi Muhammad kekasih Allah
توسّـلنـا بـبسم آلله    #    وبالهادي رسول آلله
وَكُـلّ مُجَـاهـد لله     #    بأهـل البـدر يا آلله
Kami bertawassul dengan bismillah  *   Dan pembawa petunjuk utusan Allah
Semua yang berjihad dijalan Allah  *  Dengan berkat pejuang al Badr ya Allah
الهي سـلّم اْلأمّـة     #    من اْلآ فات والنّقمة
ومن همّ ومن غمّة   #   بأهـل البـدر يا آلله
Ya Tuhanku, selamatkanlah umat Islam  *  Dari malapetaka dan kemurkaanMu
Dari segala kedukaan dan kesusahan  *  Dengan berkat pejuang al Badr ya Allah
إلهى اغفر واكرمنا  #   بنيـل مطا لب مّـنّا
ودفع مسـاءة عـنّـا   #    بأهـل البـدر يا آلله
Ya Tuhanku, ampunilah kami, berilah kemuliaanMu kepada kami  *  Sehingga tercapai apa yang kami hajatkan
Dan tersingkir dari kami semua keburukkan ya Allah * Dengan berkat pejuang al Badr ya Allah.
وصلّ على النبى البرّ  #  بلا عـدّ وّلا حصر
والـــ ســادة غـــرّ      #  بأهـل البـدر يا آلله
Berikanlah selawat kepada Nabi yang baik hati  *  Tanpa ada batas dan hitungan
Dan kepada para keluarga, pemimpin terkemuka yang bercahaya * Dengan berkat pejuang al Badr ya Allah.
 
Ihsan drp Hj Kamarudin Hj Md Tahir, Pengurus Andalusia Cawangan Tampin
          020213
  

SYARAT KETAT VISA UMRAH PEREMPUAN UMUR BAWAH 45 TAHUN DAN LELAKI UMUR BAWAH 18TAHUN

Melai pertengahan bulan Januari 2013 Keduataan Arab Saudi telah mengeluarkan syarat baru pengeluaran visa umrah kepada jemaah perempuan berumur 45 tahun kebawah dan lelaki berumur 18 tahun kebawah. Mereka hendaklah pergi sama ada dengan suami atau bapa kandung, adik beradik lelaki kandung, bapa saudara kandung atau datuk kandung.

Kemudian satu lagi syarat baru permohonan visa umrah bagi jemaah berkenaan hendaklah ada surat kebenaran (letter of consent) dari bapa kandung atau suami untuk tumpang mahram dengan datuk, pakcik atau bapa tiri. Surat 'Letter of Consent' itu hendaklah ditandatangi oleh penjaga di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.

Syarat dan arahan ini adalah muktamad daripada Kedutaan Arab Saudi.

Pengurusan Andalusia tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang penolakan visa umrah sekiranya jemaah perempuan gagal mematuhi peraturan-peraturan tersebut di atas.