Mengurus Pakej Umrah, Haji, Badal Haji, Badal Umrah dan Qurban di Tanah Suci Makkah.

Search This Blog

PENGERTIAN UMRAH

PENGERTIAN UMRAH: Umrah ialah qasad mengunjungi Baitullahil Haram dalam keadaan beribadah dengan mengerjakan tawaf, sa'i dan bergunting (bercukur) pada bila-bila masa sahaja asalkan tidak dalam ihram haji.

Monday, March 4, 2013

SYARAT KETAT VISA UMRAH PEREMPUAN UMUR BAWAH 45 TAHUN DAN LELAKI UMUR BAWAH 18TAHUN

Melai pertengahan bulan Januari 2013 Keduataan Arab Saudi telah mengeluarkan syarat baru pengeluaran visa umrah kepada jemaah perempuan berumur 45 tahun kebawah dan lelaki berumur 18 tahun kebawah. Mereka hendaklah pergi sama ada dengan suami atau bapa kandung, adik beradik lelaki kandung, bapa saudara kandung atau datuk kandung.

Kemudian satu lagi syarat baru permohonan visa umrah bagi jemaah berkenaan hendaklah ada surat kebenaran (letter of consent) dari bapa kandung atau suami untuk tumpang mahram dengan datuk, pakcik atau bapa tiri. Surat 'Letter of Consent' itu hendaklah ditandatangi oleh penjaga di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.

Syarat dan arahan ini adalah muktamad daripada Kedutaan Arab Saudi.

Pengurusan Andalusia tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang penolakan visa umrah sekiranya jemaah perempuan gagal mematuhi peraturan-peraturan tersebut di atas.




 

No comments: