Mengurus Pakej Umrah, Haji, Badal Haji, Badal Umrah dan Qurban di Tanah Suci Makkah.

Search This Blog

PENGERTIAN UMRAH

PENGERTIAN UMRAH: Umrah ialah qasad mengunjungi Baitullahil Haram dalam keadaan beribadah dengan mengerjakan tawaf, sa'i dan bergunting (bercukur) pada bila-bila masa sahaja asalkan tidak dalam ihram haji.

Monday, July 22, 2013

PAKEJ UMRAH 2014/1435H


 

Pihak Pengurusan dan Seluruh warga kerja Andalusia Travel n Tours Sdn Bhd mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN DAN SYAWAL bakal menjelma, sepuluh jari dihimpun bersama tanda maaf dari kami semuanya. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI 1434H Mohon Maaf Zahir dan Bathin.

Pendaftaran Pakej Umrah Tahun 2014 / 1435 H telah dibuka. Pakej Umrah dijangka bermula pada 20 Disember 2013.

Harga Pakej dalam proses dan akan diiklankan tidak berapa lama lagi.

Andalusia menyediakan dua jenis penerbangan iaitu
1. Pakej Umrah Penerbangan Terus dan
2. Pakej Umrah Penerbangan Transit n Ziarah.

PAKEJ UMRAH PENERBANGAN TERUS ialah:
i.. Penerbangan Air Asia (AK)
ii. Penerbangan Malaysia Airlines (MH)
iii.Penerbangan Saudi Arabian Airlines (SV)
iv.Penerbangan Sewa Khas (SV) KUL/MED - JED/KUL
    Pakej Ekonomi - Makkah Hilton Towers
    Pakej Umrah VIP



PAKEJ UMRAH PENERBANGAN TRANSIT N ZIARAH ialah:
a. Transit / Ziarah Oman - Penerbangan Oman Air (WY)
b. Transit Amman Jordan (Half Day City Tour) - Penerbangan Royal Jordan (RJ)
c. Ziarah Jordan + Petra - Penerbangan Royal Jordan (RJ)
d. Transit Cairo / Pyramid (Half Day City Tour) - Penerbangan Egypt Air (MS)
e. Ziarah Cairo + Iskandariah - Penerbangan Egypt Air (MS)
f. Ziarah Istanbul + Bursa - Penerbangan Turkish Airlines (TK)
g. Ziarah Morocco - Penerbangan Egypt Air (MS)
h. Ziarah Spanyol - Penerbangan Egypt Air (MS)
I. Ziarah Abu Dhabi + Dubai - Penerbangan Ethihad Airways (EY)


CARA PENDAFTARAN:
Ikut seperti yang telah dinyatakan dalam blog ini.

Sebarang pertanyaan atau jika perlu keterangan lanjut sila hubungi 06 4411354/358/341
En Mohammad Akmal; Cik Noraini/ Pn Zara atau Pengurus Hj Kamarudin 0133922378


   

Wednesday, July 10, 2013

PAKEJ PERCUTIAN KE SAIGON (HCM) DAN TURKEY

ANDALUSIA HOLIDAYS menawarkan pakej group PROMOSI:
1. SHOPPING di Ho Chi Minh City dan melawat Chu Chi Tunnel.
Pakej 4hari 3malam penerbangan MAS (MH)
Harga dari RM1498. Tarikh-tarikh penerbangan untuk dibuat pilihan ialah:
NOV - 15, 22 & 29 dan DIS - 06, 13, 20, 21, 22 & 27

2. EKSPLORASI TURKI menjelajah 8 kota Negara Turki iaitu Bursa, Kusadasi, Pamukkale, Konya, Cappadocia, Ankara, Bolu dan Istanbul.
Pakej 9H 7M penerbangan MAS (MH)
Harga Promosi RM4298 untuk tarikh penerbangan:
AUG 26 - 03 SEP;  AUG 28 - 05 SEP dan OKT 12 - 20 OKT dan DIS 13 - 21NOV13.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Hj Kamarudin 013 3922378 atau 06 4411354

 

Tuesday, July 9, 2013

SELAMAT BERPUASA DI BULAN RAMADHAN AL MUBARAQ

NIAT PUASA BULAN RAMADHAN DAN
DOA BERBUKA PUASA

Tidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang difahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.

Lafaz niat Lengkap:

Sahaja aku berpuasa esok hari fardhu bulan Ramadhan tahun ini
kerana Allah Taala.

Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.

Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan: 
Sahaja aku berpuasa pada bulan Ramadhan keseluruhannya
kerana Allah Taala. 

Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.

Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:

“Sahaja aku berpuasa esok hari dan sehingga akhir Ramadhan ini
kerana Allah Ta’ala”.

Waktu Berniat

Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.

Doa Berbuka Puasa

Ya Allah, keranaMu aku berpuasa, denganMu aku beriman dan dengan rezekiMu aku berbuka.


Hukum Puasa Di Bulan Ramadhan

Firman Allah S.W.T: “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ – (Surah Al-Baqarah: 183)

Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa’i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan”
WALLAHU A'LAM.