Mengurus Pakej Umrah, Haji, Badal Haji, Badal Umrah dan Qurban di Tanah Suci Makkah.

Search This Blog

PENGERTIAN UMRAH

PENGERTIAN UMRAH: Umrah ialah qasad mengunjungi Baitullahil Haram dalam keadaan beribadah dengan mengerjakan tawaf, sa'i dan bergunting (bercukur) pada bila-bila masa sahaja asalkan tidak dalam ihram haji.

Wednesday, November 27, 2013

UMRAH BAITULMAQDIS 24 APRIL 2014

Pakej Umrah Baitulmaqdis 24Apr - 10May 2014 akan pergi bersama Pengurus Andalusia Cawangan Tampin, Tuan Haji Kamarudin Hj Md Tahir. Sesiapa jemaah yang berhajat pergi bersama beliau silalah daftar di cawangan Tampin atau di mana-mana cawangan berhampiran anda dengan segera kerana tempat adalah terhad kepada 40 jemaah sahaja. Butiran pakej adalah seperti berikut:

KEMBARA 4 KOTA DALAM 1 PAKEJ iaitu MUSCAT + AMMAN + BAITULMAQDIS + MADINAH/MAKKAH.

KETUA JEMAAH:  HJ KAMARUDIN HJ MD TAHIR   HP:013 3922378

HARGA PAKEJ DARI RM7690.00 SEORANG.
( JIKA DAFTAR SEBELUM 31 DIS 2013 DISKAUN RM100.00 SEORANG )

TARIKH PAKEJ 24 APRIL - 10 MEI 2014  [17H 14M ]

PENERBANGAN OMAN AIR ( WY )

SYARAT PENTING PERNDAFTARAN PAKEJ:
A. Pendaftaran HANYA UNTUK WARGANEGARA MALAYSIA sahaja.
B. Tarikh tutup pendaftaran adalah 2 BULAN SEBELUM PENERBANGAN.
C. Tiada jaminan bagi mana-mana jemaah mendapat kelulusan visa Jerusalem walaupun jemaah telah mematuhi semua syarat yang dikenakan.

ANTARA TEMPAT YANG AKAN DILAWATI:
1. MUSCAT (OMAN): Masjid Qaboos, Mystical Muscat dan Mutrah Souq (pasar).
2. BAITULMAQDIS: Masjid al Aqsa, Masjid al Ibrahim dan Dome of the Rock.
3. AMMAN: Maqam Nabi Syuib dan Laut Mati
4. MADINAH/MAKKAH.

Sebarang pertanyaan sila hubungi 
Hj Kamarudin Hj Md Tahir  HP:013 3922378
email: kama0248@gmail.com








 

Monday, September 9, 2013

PAKEJ UMRAH PENERBANGAN TERUS BERSAMA AIR ASIA X ( 2014 )

ANDALUSIA Travel & Tours Sdn Bhd menyediakan pakej umrah tambaang mampu ke Tanah Suci harga dari RM4890 dengan penerbangan Air Asia X terus dari LCCT - Jeddah dan Jeddah - LCCT.

Tarikh penerbangan bermula dari 19 Disember 2013.
Dimaklumkan bahawa setakat hari ini 10Sep2013, sebanyak  5 tarikh penerbangan telah penuh (habis) ditempah iaitu 19, 21, 23, 24 & 26 Dis 2013.

Andalusia telah menyediakan banyak lagi tarikh penerbangan untuk Jemaah membuat pilihan dalam bulan Januari, Februari dan seterusnya hingga Julai 2013. Jemaah dinasihat supaya segera membuat tempahan untuk mendapatkan tarikh yang sesuai mengikut pilihan sendiri.

Jemaah boleh datang terus membuat tempahan di pejabat cawangan Tampin dengan membawa salinan fotostet kad pengenalan dan bayar deposit sebanyak RM300.00 seorang.

Sebarang pertanyaan atau mahu keterangan lanjut silalah hubungi Pengurus Cawangan 013 3922378 atau pejabat 06 4411341, 4411354 atau 4411358 atau email: attsbtampin@gmail.com.



 

Thursday, August 1, 2013

PENDAFTARAN PAKEJ UMRAH 2014

PENDAFTARAN SUDAH BERMULA

VISA UMRAH dijangka bermula pada 20 Disember 2013. Tertakluk kepada kelulusan visa.
HARGA adalah tertakluk kepada perubahan harga tiket dan perubahan kos visa.
 
12H 10M Bilik Ber-4/5/6
PAKEJ  UMRAH PENERBANGAN TERUS
  • Penerbangan Air Asia (AK)                           dari RM4890
  • Penerbangan Malaysia Airlines (MH)           dari RM5490
  • Penerbangan Saudi Arabian Airlines (SV)    dari RM5490
  • Penerbangan Sewa Khas:-
     [ KUL/MED - JED/KUL ] (SV)                          dari RM5490
  • Pakej Ekonomi - Makkah Hilton Towers       dari RM7290
  • Pakej Umrah VIP                                                                                                             (Mengikut permintaan Jemaah tetapi tertakluk kepada perbincangan dengan syarikat)
  •  
  • NOTA: Harga pakej ini tidak termasuk cuti sekolah Mac dan Mei dan Ramadhan yang mana harga berasingan akan diterbitkan kemudian.
      
PAKEJ UMRAH PENER4BANGAN
TRANSIT & ZIARAH
  • Transit/Ziarah Oman (WY) Oman Air                   dari RM5290
  • Transit Amman Jordan (Half day City Tour) RJ    dari RM5890
  • Ziarah Jordan + Petra (RJ)                                      dari RM7290
  • Transit Cairo/Pyramid (Half day City Tour) MS   dari RM5690
  • Ziarah Cairo / Iskandariah (MS) Egypt Air            dari RM6190
  • Ziarah Morocco  (MS) Egypt Air                           dari RM8490
  • Ziarah Sepanyol  (MS) Egypt Air                           dari RM9490
  • Ziarah Istanbul & Bursa  (TK) Turkish Airlines    dari RM7290
  • Ziarah London & Paris  (SV) Saudi Airlines         dari RM9890
  • Ziarah Abu Dhabi + Dubai  (EY) Etihad                dari RM6390
HOTEL:
  • MAKKAH - Royal Sultan 400m / Malak Ajyad  450m / Hera Palace 690m / Nada al Khalil  690m atau setaraf.
  • MADINAH - Mubarak Silver 200m atau setaraf.
PENDAFTARAN PAKEJ UMRAH:
Hubungi Pejabat Cawangan ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SDN BHD Tampin
Tel: 06 4411354 ; 4411358 atau 4411341 email: attsbtampin@gmail.com


Monday, July 22, 2013

PAKEJ UMRAH 2014/1435H


 

Pihak Pengurusan dan Seluruh warga kerja Andalusia Travel n Tours Sdn Bhd mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN DAN SYAWAL bakal menjelma, sepuluh jari dihimpun bersama tanda maaf dari kami semuanya. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI 1434H Mohon Maaf Zahir dan Bathin.

Pendaftaran Pakej Umrah Tahun 2014 / 1435 H telah dibuka. Pakej Umrah dijangka bermula pada 20 Disember 2013.

Harga Pakej dalam proses dan akan diiklankan tidak berapa lama lagi.

Andalusia menyediakan dua jenis penerbangan iaitu
1. Pakej Umrah Penerbangan Terus dan
2. Pakej Umrah Penerbangan Transit n Ziarah.

PAKEJ UMRAH PENERBANGAN TERUS ialah:
i.. Penerbangan Air Asia (AK)
ii. Penerbangan Malaysia Airlines (MH)
iii.Penerbangan Saudi Arabian Airlines (SV)
iv.Penerbangan Sewa Khas (SV) KUL/MED - JED/KUL
    Pakej Ekonomi - Makkah Hilton Towers
    Pakej Umrah VIP



PAKEJ UMRAH PENERBANGAN TRANSIT N ZIARAH ialah:
a. Transit / Ziarah Oman - Penerbangan Oman Air (WY)
b. Transit Amman Jordan (Half Day City Tour) - Penerbangan Royal Jordan (RJ)
c. Ziarah Jordan + Petra - Penerbangan Royal Jordan (RJ)
d. Transit Cairo / Pyramid (Half Day City Tour) - Penerbangan Egypt Air (MS)
e. Ziarah Cairo + Iskandariah - Penerbangan Egypt Air (MS)
f. Ziarah Istanbul + Bursa - Penerbangan Turkish Airlines (TK)
g. Ziarah Morocco - Penerbangan Egypt Air (MS)
h. Ziarah Spanyol - Penerbangan Egypt Air (MS)
I. Ziarah Abu Dhabi + Dubai - Penerbangan Ethihad Airways (EY)


CARA PENDAFTARAN:
Ikut seperti yang telah dinyatakan dalam blog ini.

Sebarang pertanyaan atau jika perlu keterangan lanjut sila hubungi 06 4411354/358/341
En Mohammad Akmal; Cik Noraini/ Pn Zara atau Pengurus Hj Kamarudin 0133922378


   

Wednesday, July 10, 2013

PAKEJ PERCUTIAN KE SAIGON (HCM) DAN TURKEY

ANDALUSIA HOLIDAYS menawarkan pakej group PROMOSI:
1. SHOPPING di Ho Chi Minh City dan melawat Chu Chi Tunnel.
Pakej 4hari 3malam penerbangan MAS (MH)
Harga dari RM1498. Tarikh-tarikh penerbangan untuk dibuat pilihan ialah:
NOV - 15, 22 & 29 dan DIS - 06, 13, 20, 21, 22 & 27

2. EKSPLORASI TURKI menjelajah 8 kota Negara Turki iaitu Bursa, Kusadasi, Pamukkale, Konya, Cappadocia, Ankara, Bolu dan Istanbul.
Pakej 9H 7M penerbangan MAS (MH)
Harga Promosi RM4298 untuk tarikh penerbangan:
AUG 26 - 03 SEP;  AUG 28 - 05 SEP dan OKT 12 - 20 OKT dan DIS 13 - 21NOV13.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Hj Kamarudin 013 3922378 atau 06 4411354

 

Tuesday, July 9, 2013

SELAMAT BERPUASA DI BULAN RAMADHAN AL MUBARAQ

NIAT PUASA BULAN RAMADHAN DAN
DOA BERBUKA PUASA

Tidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang difahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.

Lafaz niat Lengkap:

Sahaja aku berpuasa esok hari fardhu bulan Ramadhan tahun ini
kerana Allah Taala.

Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.

Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan: 
Sahaja aku berpuasa pada bulan Ramadhan keseluruhannya
kerana Allah Taala. 

Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.

Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:

“Sahaja aku berpuasa esok hari dan sehingga akhir Ramadhan ini
kerana Allah Ta’ala”.

Waktu Berniat

Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.

Doa Berbuka Puasa

Ya Allah, keranaMu aku berpuasa, denganMu aku beriman dan dengan rezekiMu aku berbuka.


Hukum Puasa Di Bulan Ramadhan

Firman Allah S.W.T: “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ – (Surah Al-Baqarah: 183)

Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa’i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan”
WALLAHU A'LAM.
 

Tuesday, April 23, 2013

PAKEJ UMRAH BERSAMA PENERBANGAN AIRASIA X

ANDALUSIA Travel n Tours Sdn Bhd menawarkan pakej umrah dengan penerbangan Air Asia X dengan harga pakej dari RM4,590. Harga "ALL IN" termasuk harga tiket penerbangan, cukai lapanganterbang, dan surcharge bahan api dan tertakluk kepada perubahan.

Tarikh pakej bermula daripada bulan Mei2013
UMRAH BIASA bulan Rajab ada 4 penerbangan  iaitu 11,14, 16 dan 18 Mei 2013. Harga dari RM4,590
UMRAH CUTI SEKOLAH (Business Class) ada 7 penerbangan iaitu 20, 21, 23, 25, 27, 28 dan 30 Mei 2013. Harga dari RM6990 (tempat terhad 10 seat sahaja)
UMRAH BIASA bulan Syaaban (Jun) ada 12 penerbangan dengan harga dari RM4690.
UMRAH SAMBUT RAMADHAN  harga dari RM5390
UMRAH PERTENGAHAN RAMADHAN harga dari RM6290
UMRAH AKHIR RAMADAHAN harga dari RM6590
UMRAH SAMBUT AIDILFITRI harga dari RM5590

Pendaftaran telah dibuka mulai sekarang. Keterangan lanjut dan tempahan boleh hubungi Andalusia Cawangan Tampin telefon 064411354 atau Hj Kamarudin 0133922378.

Wednesday, March 13, 2013

PAKEJ MELANCONG EKSPLORASI TURKI

Andalusia Travel n Tours di bawah Unit Pelancongannya 'Andalusia Holidays' menawarkan 'pakej promosi' harga mampu...ziarahi.... Semasa ziarah di Turki, kota-kota yang akan dijelajahi ialah Istanbul, Bursa, Kusdasi, Pamukkale, Konya, Cappadocia, Ankara, Bolu dan Istanbul.

PAKEJ EKSPLORASI TURKI MUSIM CUTI SEKOLAH
Tarikh: 23Mei-01Jun13; 25Mei-03Jun13 dan 03Jun-11Jun13.
Setakat ini tarikh 25Mei-03Jun13 sudah habis dijual.

MENJELAJAH TAMADDUN TURKI
TURKI - setiap inci bumi Anatolia ini memiliki sejarah yang cukup panjang, seawal abad ke 10 sebelum zaman Roman dan Byzantine hingga kepada era kegemilangan Islam Empayer Uthmaniyyah dan kemunculan Mustafa Kemal Ataturk yang membawa Turki kepada sebuah negara republik.
Topkapi Palace: Istana Topkapi ini bukan saja kediaman Sultan Uthmaniyayah tetapi juga pusat pentadbiran dan pendidikan di Turki. Istana ini dibina sekitar 1460 hingga 1478 oleh Sultan Mohmed II. Istana ini telah diperluaskan dan diubah banyak kali sehingga pertengahan abad ke 19. Di Istana ini masih terdapat peninggalan suci Nabi Muhammad saw, khazanah diraja dan juga imperialis arkib yang terus dipelihara sehingga kini. Berikutan pemansuhan monarki Uthmaniyyah pada tahun 1922 Topkapi Palace telah ditukar menjadi muzium pada 3 April 1924 atas permintaan Mustafa Kemal Atatuk.

TARIKAN UTAMA
Ankara: Kompleks makam Mustafa Kemal Ataturk pemimpin yang disanjung rakyat Turki sebagai bapa pembangunan moden.
Cappadocia: Menaiki balon panas (pilihan) melihat keindahan bumi Cappadocia dari udara merupakan pengalaman yang sukar diungkap dengan kata-kata...
Pamukkale: terdapat 'teres kolam air panas' diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.
Kusadasi: terdapat bandar purba terbesar di Turki daripada era Roman yang dipercayai dibina pada 1000 tahun sebelum Masihi (3000 tahun dahulu).

Pendaftaran pakej telah bermula dari sekarang. Tarikh-tarikh yang boleh dipilih bermula dari bula April hingga Disember 2013. Tempat terhad dan terdapat tarikh-tarikh seat yang telah habis dijual.

" CUKUP BERBALOI UNTUK DITEROKAI "

Sebarang pertanyaan sila hubungi 013 3922378.






 

Monday, March 11, 2013

PAKEJ UMRAH ZIARAH ISTANBUL & BURSA

Andalusia Travel & Tours menawarkan pakej umrah ziarah Istanbul & Bursa mula bulan Januari 2013 hinggalah pakej Ramadhan bulan Julai 2013. Setakat ini pakej cuti sekolah bulan Mei 2013 telah habis ditempah. Maklumat lanjut mengenai kekosongan temapat sila hubungi cawangan Andalusia terdekat atau hubungi cawangan Tampin 013 3922378 atau 06 4411354.

Monday, March 4, 2013

SOLAWAT BADAR


 
صلوات البدر  ( SOLAWAT BADAR )
صلاة آلله سلام آلله    #    على طه رسول آلله
صلاة آلله سلام آلله   #    على يس حبيب آلله
Solawat dan salam dilimpahkan Tuhan  *  Ke atas Nabi Muhammad pesuruh Allah
Selawat dan salam dilimpahkan Tuhan  *  Atas Nabi Muhammad kekasih Allah
توسّـلنـا بـبسم آلله    #    وبالهادي رسول آلله
وَكُـلّ مُجَـاهـد لله     #    بأهـل البـدر يا آلله
Kami bertawassul dengan bismillah  *   Dan pembawa petunjuk utusan Allah
Semua yang berjihad dijalan Allah  *  Dengan berkat pejuang al Badr ya Allah
الهي سـلّم اْلأمّـة     #    من اْلآ فات والنّقمة
ومن همّ ومن غمّة   #   بأهـل البـدر يا آلله
Ya Tuhanku, selamatkanlah umat Islam  *  Dari malapetaka dan kemurkaanMu
Dari segala kedukaan dan kesusahan  *  Dengan berkat pejuang al Badr ya Allah
إلهى اغفر واكرمنا  #   بنيـل مطا لب مّـنّا
ودفع مسـاءة عـنّـا   #    بأهـل البـدر يا آلله
Ya Tuhanku, ampunilah kami, berilah kemuliaanMu kepada kami  *  Sehingga tercapai apa yang kami hajatkan
Dan tersingkir dari kami semua keburukkan ya Allah * Dengan berkat pejuang al Badr ya Allah.
وصلّ على النبى البرّ  #  بلا عـدّ وّلا حصر
والـــ ســادة غـــرّ      #  بأهـل البـدر يا آلله
Berikanlah selawat kepada Nabi yang baik hati  *  Tanpa ada batas dan hitungan
Dan kepada para keluarga, pemimpin terkemuka yang bercahaya * Dengan berkat pejuang al Badr ya Allah.
 
Ihsan drp Hj Kamarudin Hj Md Tahir, Pengurus Andalusia Cawangan Tampin
          020213
  

SYARAT KETAT VISA UMRAH PEREMPUAN UMUR BAWAH 45 TAHUN DAN LELAKI UMUR BAWAH 18TAHUN

Melai pertengahan bulan Januari 2013 Keduataan Arab Saudi telah mengeluarkan syarat baru pengeluaran visa umrah kepada jemaah perempuan berumur 45 tahun kebawah dan lelaki berumur 18 tahun kebawah. Mereka hendaklah pergi sama ada dengan suami atau bapa kandung, adik beradik lelaki kandung, bapa saudara kandung atau datuk kandung.

Kemudian satu lagi syarat baru permohonan visa umrah bagi jemaah berkenaan hendaklah ada surat kebenaran (letter of consent) dari bapa kandung atau suami untuk tumpang mahram dengan datuk, pakcik atau bapa tiri. Surat 'Letter of Consent' itu hendaklah ditandatangi oleh penjaga di hadapan Pesuruhjaya Sumpah.

Syarat dan arahan ini adalah muktamad daripada Kedutaan Arab Saudi.

Pengurusan Andalusia tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang penolakan visa umrah sekiranya jemaah perempuan gagal mematuhi peraturan-peraturan tersebut di atas.