Nota: Aturcara ini adalah tertakluk kepada perubahan.
HARI 01: KUALA LUMPUR-JEDDAH/MADINAH
o Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum waktu berlepas. Tiba di Jeddah/Madinah, jemaah akan disambut Mutawif & pegawai Andalusia untuk dibawa ke hotel penginapan.
HARI 02-03: MADINAH (Ziarah dalam & Ziarah Luar)
o Waktu dan hari ziarah akan ditentukan mutawif di Madinah.
o Ziarah Dalam: Ziarah Makam Rasullullah saw & makam para sahabat, Raudhah dan makam Baqi.
o Ziarah Luar: Ziarah Masjid Quba, Perkuburan Syuhadah (Jabal Uhud), Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh dan Pasar Kurma.
o Ziarah Pilihan: (Bayar tambahan SR20) Masjid Tikar, Gua Uhud, Lapangan Magnet dan Kilang Quran (jemaah lelaki saja).
HARI 04: MADINAH - MAKKAH
o Ziarah Wida' makam Rasullullah saw sebelum berangkat ke Makkah. Jemaah akan bermiqat di Masjid Bir Ali.
o Sampai di Makkah checkin hotel kemudian jemaah dipandu mutawif menyempurnakan ibadah umrah di Masjidil Haram ( tawaf, saei dan bercukur ).
HARI 05 - 10: MAKKAH ( ZIARAH & UMRAH )
o Waktu dan hari ziarah akan ditentukan mutawif di Makkah
o Ziarah Luar Makkah: Jabal Thur, Jabal Rahmah(Arafah), Muzdalifah, Mina & Jabal Noor
(melintasi dan memandang dari dalam bas saja).
o Umrah Tan'aim: Jemaah akan dibawa ke Tan'aim (Masjid Saidatina Aishah) 1 kali untuk
bermiqat umrah.
o Ziarah Pilihan Hudaibiyyah: (Bayaran tambahan SR30) ziarah tapak masjid lama, ladang
unta dan Muzium 2 masjid (tertakluk kepada keizinan pihak berkuasa
Kerajan Arab Saudi). Semasa di Hudaibiyyah jemaah akan bermiqat
umrah.
o Ziarah Pilihan Gua Hera': (Bayaran tambahan SR15) jemaah akan dibawq mendaki Jabal Nur
untuk menjiwaai sendiri pengalaman Rasullullah saw semasa berada
di Gua Hera' iaitu tempat baginda menerima wahyu, sambil
menikmati panorama keindahan kota Makkah pada waktu malam.
Jemaah dinasihatkan memakai pakaian yang sesuai untuk mendaki
Gua Hera' pada waktu malam.
HARI 11-12: MAKKAH - JEDDAH - KUALA LUMPUR.
o Tawaf Wida' sebelum meninggalkan Makkah.
No comments:
Post a Comment